Tuesday, April 12, 2016

Cantik dengan produk natural

Assalamualaikum semua readers...

Makk aii lamanya akak tak update blog kan tapi tak putus readers yang col/msej/whatsapp tanya sal ural..ubat kencing tak lawas...

Akak tak jual dik non..cer baca entry smpai habis.boleh beli kat farmasik

Akak jual produk natural jea sekarang..from head to toe

Sapa yang suka produk natural yang superb best..jom try..

Nah layan gambar dulu

Natural haircare (papaya perfect hair)


Papaya perfect hair atau nama glamer dia pph

Ni syampoo plus conditioner
2 in 1

Jimat sangat sebotol ni sebab guna sikit dah buih banyak

Bestnya syampoo ni sebab bahan dia dari ekstrak semulajadi iaitu ekstrak betik..ekstrak minyak lavender dan ekstrak bunga raya

Syampoo ni menyejukkan kulit kepala taw..panas-panas ni kulit kepala jadi gatal kan..so lepas syampoo ngan pph ni sure gatal tu hilang..segar fresh wangi...rambut pon lembut sgt..

Yang spesialnya..syampoo ni boleh digunakan dari baby smpai ke orang dewasa..lelaki perempuan..

Ok now kita g ke set skincare

Natural skincare (tomato clear skin..miracle rice..corrector cream oil)



Corector cream oil@cco ni krim badam

Multipurpose cream untuk muka..mata..bibir

Sape yang ade jeragat..elok sangat..

Bibir nak pinkish..nak lembap..boleh jugakk

Yang ada eyebag..takmo..takmo..boleh pakai cco gak

Item kedua dalam set skincare ni sabun tomato@ tomato clear skin ( tcs )

Sabun tomato ni 3 in 1
Cleanser/mask/scrub

Best sangat sabun ni lepas basuh muka mesti muka rasa fresh..lembut..anjal

Sabun tomato ni jadikan kulit pinkish semulajadi..dah takyah pakai blusher dah..jimattt poket

Ok item ketiga miracle rice @ sunblock spf 30

Diperkaya dengan ekstrak beras

Miracle rice ni the best sunblock sebab dia waterbased..so dia tak berminyak bila pakai

Pakai sikit dah cukup untuk perlindungan uv

Sapa yang kulit muka minyak..kusam..kedut boleh cuba

InsyaAllah kulit lebih awet muda..anjal..halus..cerah semulajadi

Dannnn last citer set bodycare

Natural bodycare (calendula skin juice..scar solution body bar)


Dalam set bodycare ni ada 2 item iaitu sabun kopi atau nama glamor ssbb
Dan serum badan calendula skin juice@ csj

Sape nak cerah gebu sambil mandi elok sangat try ssbb ni

Memang fresh sangat

Paling best masa menyental..gosok satu badan dengan bijik-bijik kopi..memang terbaik macam kat spa dah

Csj lak the ever best serum..tak melekit..malah wangiii...

Serum lotion csj ni pakai lepas mandi

Gabungan ssbb dengan csj ni akan buatkan korang putih gebu semulajadi

Nak tahu lagi details????


Rajin-rajin la jenguk fb akak yea

Fb : norehan setapa

Yang nak tanya/order..

Whatsapp: 016 993 0543

Ok done untuk harini..nanti akak citer lagi yea

Akak pakai akak jual

Rugi tak cuba

Produk akak jual ni Besttt sangat yang penting natural..halal.selamat..ada kkm

Bye ollss
Love❤









Wednesday, April 23, 2014

Rahsia Kempiskan Perut Dengan Makanan Terbaik Untuk Wanita

Salam Semua,

Bila sebut pasal perut kempis, semua suka kan..semua nak..

Tapi tahu tak yang, Senaman sahaja tak cukup untuk bantu anda dapatkan perut yang hebat (kempis + padat) tanpa amalkan pemakanan yang betul.

Male and female with 6 pack abs (© Getty)

Pstttt..ambil masa 1 minit..fokus dan bayangkan anda ada perut yang hebat macam gambar diatas..best ke tidak??


Ketahui rahsianya disini, jenis makanan yang boleh bantu anda realisasikan impian untuk punyai perut yang hebat.. 

Let's check it out..~Enjoy Reading~

1. TELUR





2. DAGING
Male and female with 6 pack abs (© Getty)


3. IKAN

Male and female with 6 pack abs (© Getty)


4. KEKACANG

Male and female with 6 pack abs (© Getty)


5. MINYAK ZAITUN

Male and female with 6 pack abs (© Getty)



6. ASSORTED BEANS

Male and female with 6 pack abs (© Getty)



7. KEJU DAN TENUSU

Male and female with 6 pack abs (© Getty)

Sekarang dah tahu kan, bolehla praktikkan dari sekarang dan lihat hasilnya..

Selamat Mencuba!!!


Info : Tahukah anda CINCH SHAKE Shaklee boleh bantu anda dapatkan perut yang hebat (kempis + padat)?? Nak tahu bagaimana?? Hubungi saya untuk maklumat lanjut..


Berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee??

Hubungi saya segera
Cik Puan Rehan | Your shaklee Independent Distributor

Sms/Whatsapp/Telegram 016 993 0543
Fb :www.facebook.com/norehan setapa
Fb page : www.facebook.com/ummivitashop

Friday, March 21, 2014

Tips Ringkas Mendidik Anak Jadi Bijak

Salam semua,

Teruja tak tengok tajuk entry saya??hihi...Memandangkan harini sabtu, hujung minggu buat semua tapi saya kena kerja jugak..(sedih disitu..huhu)..tapi takpela..jom saya share tips-tips ni buat ibu-ibu semua untuk latih anak anda jadi bijak.

Tips ni saya terbaca dimana yea( saya pun dah lupa..)..tapi tips nya begini :

  • Semasa anak anda tidur-tidur ayam (means baru nak lena)..cium ubun-ubun anak then bagitahu anak tu yang dia "anak yang baik", "anak yang bijak", "anak yang soleh"..dan sebagainya..
Tapi ibu-ibu mesti bagitahu yang positif sahaja agar cas-cas positif meresap dalam minda anak seterusnya membentuk peribadi yang berkeyakinan, minda yang bijak...

Dan bagitahu dengan sepenuh kasih sayang..

Bagi ibu-ibu yang berkemampuan, boleh bagi anak-anak anda "omega guard shaklee"..ianya minyak ikan terbaik dengan DHA dan EPA, yang mana sangat elok untuk perkembangan otak yang bijak dan cerdas..



Omega bukan sahaja untuk perkembangan otak yang bijak dan cerdas tapi jugak boleh bantu anak anda cepat membaca..dasyat kan???hihihi

                                 Nak harga murah??Contact saya yea..Sms/Whatsapp 016 993 0543

Yang paling best tentang omega ni, ibu-ibu pun boleh makan untuk kurus sebab ianya membakar lemak dengan cepat dan tingkatkan metabolisme..so ape nak lagi??Anak bijak ibu slim melim..suami pasti hepi..

Saya selalu bagi pada anak saya, just cucuk dengan jarum sikit n campur dalam susu atau minuman dia..

Nak bagi mcam tu je pun boleh, biar dia kunyah..tapi jangan bagi baby lak, kang lekat xpasal-pasal..bagi pada anak yang dah bergigi dan pandai kunyah ok la..

Ok lah, Sekian sahaja perkongsian hari ini, ringkas tetapi diharap ibu-ibu dapat praktikkan untuk kebaikan anak masing-masing..

Enjoy your weekend with lovely family...

Your shaklee independent distributor
Pn Norehan
Sms/whatsapp 016 993 0543
SID: 960213

Monday, February 24, 2014

Rawatan Tanpa Ubat Untuk Bayi Batuk Dan Selsema


Salam semua,
Topik yang sangat penting pada parents especially for mom kerana ia berkait dengan si kecil anda..jemput baca n fahami betul2..ulasan ni saya ambil dari blog doktorbudak.com
Kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibubapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibubapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini. 
Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. 
Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.
Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doktor.
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. 
Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)
Oleh itu, mencegah lebih baik kan..pastikan persekitaran rumah bersih sentiasa dan bebas habuk terutama tempat tidur si kecil dan bagi si ayah yang merokok, tolong berada jauh apabila merokok..kesian anak anda hidu asap rokok anda tuh..!!!

p/s: Saya bagi anak meal shakes + omega (untuk badan yang sihat dan otak yang cerdas, anda bagaimana??)


Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543

Saturday, December 28, 2013

CHECKLIST PERSIAPAN UNTUK BAKAL IBU DAN BAYI

Salam semua, 
Hari ni nak share dengan kalian semua tentang checklist barangan keperluan bayi untuk menyambut bayi baru lahir terutama kepada mummy yang pertama kali akan menjadi ibu, checklist ni saya ambil masa blogwalking..sumber ada dibawah yea..

Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. 

Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.

Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.

Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.

Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian

Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.

Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.

Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.

Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Untuk Checklist yang lebih lengkap, lihat bawah :-

Untuk Ibu

1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 2
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera
16) Air/Minyak Selusuh
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad - 4
25) Nursing Bra - 4

Untuk Bayi

1) Baby Diapers - 6
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung - 3
9) Barut - 5
10) Topi - 1

Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 

1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti)

Baby Gear

1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi

Diapering

1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming

1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls

Nursering

1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 

1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos

Travelling

1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier

Bathing

1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung

Extra 

1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear




Semoga bermanfaat (',')



credit source: diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com



Berminat nak dapatkan produk shaklee?? Hubungi saya macam biasa..harga special only just for my beloved customers!!


Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543


Friday, December 27, 2013

Bagaimana Jadikan Wishlist Anda Satu Kenyataan??

Saya pasti setiap antara kita punyai banyak impian yang ingin dikecapi ataupun seringkali disebut "wishlist @ dreamlist"..Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, tahun 2013 akan berakhir dan 2014 akan menjelma..

Sudahkah anda capai segala impian anda yang dibuat untuk tahun ini??Mungkin ada yang dah tercapai, dan mungkin juga tidak kan..

Pernah tak anda terfikir, kenapa susah sangat nak dapatkan apa yang anda mahu atau idamkan?? Jika ya, jom saya sharekan sedikit tips untuk anda berjaya penuhi impian @ wishlist anda, hasil dari blogwalking sekejap tadi..mungkin tips ini anda sudah tahu dari dulu tetapi tidak pernah praktikkan, so inilah masanya..amalkan dan lets your dreams comes true..moga bermanfaat pada semua..

1) TENTUKAN APA YANG ANDA BENAR-BENAR INGINKAN

Anda wajib tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini, setahun..2 tahun..5 tahun dari sekarang..bukan sekadar mahu sahaja, tetapi mestilah kemahuan @ keinginan yang membara..kerana keinginan ini yang akan memberikan anda semangat atau push factor untuk anda bertindak dan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anda capai impian anda..Sebagai contoh, di tahun baru 2014 nanti..anda inginkan kereta sendiri..so usahalah ke arah itu..insyaAllah anda tidak akan sedar pun yang impian anda itu akan tercapai sendiri bila tiba masanya, sesuai dengan izin Allah taala..so, jangan takut untuk memasang impian @ wishlist..wujudkan wishlist book anda sendiri k..


2) TULISKAN SEMUA KEINGINAN ANDA PADA SEKEPING KERTAS @ DIARY IMPIAN ANDA

Jangan hanya pendam impian anda didalam hati mahupun fikiran..jelmakan ia pada sebuah kertas ataupun wishlist book anda..macam saya sendiri, setiap apa yang saya mahukan, mesti saya siap-siap tulis pada wishlist book saya..apa yang saya mahu untuk bulan semasa, bulan mendatang mahupun tahun mendatang..

Teringat pula, bulan november lepas..saya menulis wishlist untuk tahun 2014..saya mahukan kereta sendiri pada bulan 4/2014..tetapi Alhamdulillah dengan izinNya, saya dapat capai impian untuk ada kereta sendiri lebih awal dari bulan yang ditarget iaitu disember..so, kawan2 semua..tuliskan apa saja yang anda mahu, masa untuk dicapai dan niatkan dalam hati " walau ape pun, walau macam mana pun, anda tetap nak benda tu"..InsyaAllah akan tercapai..yang penting kita berusaha ke arah itu..sudah ade 2 impian saya yang ditulis tercapai, dulu saya tidak pernah tulis..sekarang apa saja kemahuan mesti ditulis...


3) SIMPAN SEMUA WISHLIST/IMPIAN/DREAMLIST ANDA

Bila dah ditulis, tampalkan atau letak ditempat yang anda akan lihat sentiasa..supaya semangat anda untuk dapatkannya sentiasa membara..hanya semangat yang membara sahaja akan menolak anda untuk berusaha lebih baik dan tidak patah semangat


4) CATAT APA IMPIAN YANG SUDAH DIPENUHI

Ini penting, supaya kita tetap bersyukur dan tahu apa yang perlu dilakukan next step


Persoalannya…. Apakah dengan menuliskan semua impian kita boleh mencapai kejayaan sesuai keinginan kita ? Tips yang dikongsi di atas adalah salah satunya, masih banyak faktor lain yang harus di perbaiki untuk membolehkan tercapainya sebuah tujuan dan impian anda. 


Berminat nak dapatkan produk shaklee?? Hubungi saya macam biasa..harga special only just for my beloved customers!!


Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543


Thursday, November 28, 2013

Cara Banyakkan Air Susu Badan

Salam semua, entry kali ni nak berkongsi cara banyakkan air susu badan buat ibu-ibu menyusu..Saya perasan lately kesedaran ibu-ibu untuk fully breastfeed bayi mereka makin tinggi terutama dikalangan ibu-ibu muda..tahniah jika anda ada kesedaran seperti ini..macam kita semua maklum kan, setitik susu ibu yang diberi pada bayi, si ibu akan dapat pahala dari Allah s.w.t..Taknak ke pahala free??, selain ikatan kasih sayang yang utuh di antara si ibu dan bayi..Bagi yang inginkan air susu badan yang banyak ataupun bagi yang susu kurang tapi nak stimulate bagi banyak, diharapkan anda dapat manfaat yea..

Tak salah pun jika kita inginkan air susu badan yang banyak, untuk bayi kita jugak kan, darah daging kita..setiap ibu punyai naluri keibuan yang kuat, mahu berikan yang terbaik pada bayi mereka dan saya pasti ibu-ibu mahu fully breastfeed selama mungkin..Jadi, saya sarankan ibu-ibu yang tengah mencari suplement ataupun milkbooster sebagai cara banyakkan air susu badan mereka, jangan sesekali rasa sayang duit atau takut nak mencuba..tapi nasihat saya, pilih yang betul-betul selamat, berkesan seperti shaklee.

Saya disini, sebagai pengedar produk shaklee bukanlah semata-mata niat mahu keuntungan hasil jualan tetapi niat saya mahu membantu para ibu untuk menjayakan penyusuan mereka, saya sebolehnya nak bantu ibu-ibu banyakkan air susu badan mereka agar pengalaman pahit saya, tidak dapat beri susu badan pada anak sebab belum kenal shaklee, belum kenal apa itu milk booster, tiada ilmu penyusuan tidak berulang pada anda, ibu-ibu yang baru melahirkan anak..jika berlaku juga, pastinya anda seperti saya..menyesal dan menyesal..Tetapi harus diingat pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?

Ingat yea, semakin banyak permintaan (demand) air susu ibu, maka makin tinggi supply (pengeluaran) air susu ibu..Jika susu tu dah dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Lagipun no space untuk simpan susu dalam breast sebab susu balance ada. Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak( dalam breast masih ada susu). Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?

Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang sajakalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat.


Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping:

1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar 'a pump should never hurts!'..dan kalau boleh, beli pump elektrik, saya beli pump manual..sampai berjanggut susu setitik dua keluar,last bayi nangis, bagi formula milk..

2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting.

Pump setiap 2/3 jam sekali

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.


INGATAN BUAT ANDA (IBU MENYUSU)

Proses penyusuan ini perlukan ilmu, persiapan mental dan fizikal, tahap kesabaran yang tinggi, semangat yang kental..saya dulu tak ambil port pasal menyusu, bagi saya "ape masalahnya, if baby nak susu, just bagi"..tidak pernah terlintas dalam kepala, rupanya menyusu ni mencabar sangat-sangat dan rupanya ada ibu yang susu tak nak keluar dan saya salah seorang yang tidak pandai bagi baby susu, tambahan susu takde sangat n cepat mengalah, baby pulak dekat nicu, so saya berjauhan  dengan baby..at last, formula milk jadi penyelamat bila baby dah balik rumah..So "NEVER EVER GIVE UP GUYS" , " Do it for your baby", jangan ulangi kesilapan saya..Dan untuk anak kedua saya, saya akan lakukan segalanya untuk fully breastfeed..

UNTUK BAKAL ANAK KEDUA SAYA, SAYA SANGGUP!

SUPPLEMENT BANYAKKAN AIR SUSU BADAN

Anda boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda untuk banyakkan air susu badan, memberi tenaga, menghilangkan sakit-sakit badan, memekatkan susu badan dan mencantikkan kulit.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan sms/whatsapp 016 993 0543 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk customers dan bakal customers tersayang saya dan semestinya FREE ADVICE!

credit:kotakvitamin-saya.blogspot.com


Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop

SMS/Whatsapp: 016 993 0543