Salam semua, entry kali ni nak berkongsi cara banyakkan air susu badan buat ibu-ibu menyusu..Saya perasan lately kesedaran ibu-ibu untuk fully breastfeed bayi mereka makin tinggi terutama dikalangan ibu-ibu muda..tahniah jika anda ada kesedaran seperti ini..macam kita semua maklum kan, setitik susu ibu yang diberi pada bayi, si ibu akan dapat pahala dari Allah s.w.t..Taknak ke pahala free??, selain ikatan kasih sayang yang utuh di antara si ibu dan bayi..Bagi yang inginkan air susu badan yang banyak ataupun bagi yang susu kurang tapi nak stimulate bagi banyak, diharapkan anda dapat manfaat yea..
Tak salah pun jika kita inginkan air susu badan yang banyak, untuk bayi kita jugak kan, darah daging kita..setiap ibu punyai naluri keibuan yang kuat, mahu berikan yang terbaik pada bayi mereka dan saya pasti ibu-ibu mahu fully breastfeed selama mungkin..Jadi, saya sarankan ibu-ibu yang tengah mencari suplement ataupun milkbooster sebagai cara banyakkan air susu badan mereka, jangan sesekali rasa sayang duit atau takut nak mencuba..tapi nasihat saya, pilih yang betul-betul selamat, berkesan seperti shaklee.
Saya disini, sebagai pengedar produk shaklee bukanlah semata-mata niat mahu keuntungan hasil jualan tetapi niat saya mahu membantu para ibu untuk menjayakan penyusuan mereka, saya sebolehnya nak bantu ibu-ibu banyakkan air susu badan mereka agar pengalaman pahit saya, tidak dapat beri susu badan pada anak sebab belum kenal shaklee, belum kenal apa itu milk booster, tiada ilmu penyusuan tidak berulang pada anda, ibu-ibu yang baru melahirkan anak..jika berlaku juga, pastinya anda seperti saya..menyesal dan menyesal..Tetapi harus diingat pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?
Ingat yea, semakin banyak permintaan (demand) air susu ibu, maka makin tinggi supply (pengeluaran) air susu ibu..Jika susu tu dah dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Lagipun no space untuk simpan susu dalam breast sebab susu balance ada. Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak( dalam breast masih ada susu). Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?
Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat.
Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping:
1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar 'a pump should never hurts!'..dan kalau boleh, beli pump elektrik, saya beli pump manual..sampai berjanggut susu setitik dua keluar,last bayi nangis, bagi formula milk..
2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting.
Pump setiap 2/3 jam sekali
3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.
INGATAN BUAT ANDA (IBU MENYUSU)
Proses penyusuan ini perlukan ilmu, persiapan mental dan fizikal, tahap kesabaran yang tinggi, semangat yang kental..saya dulu tak ambil port pasal menyusu, bagi saya "ape masalahnya, if baby nak susu, just bagi"..tidak pernah terlintas dalam kepala, rupanya menyusu ni mencabar sangat-sangat dan rupanya ada ibu yang susu tak nak keluar dan saya salah seorang yang tidak pandai bagi baby susu, tambahan susu takde sangat n cepat mengalah, baby pulak dekat nicu, so saya berjauhan dengan baby..at last, formula milk jadi penyelamat bila baby dah balik rumah..So "NEVER EVER GIVE UP GUYS" , " Do it for your baby", jangan ulangi kesilapan saya..Dan untuk anak kedua saya, saya akan lakukan segalanya untuk fully breastfeed..
UNTUK BAKAL ANAK KEDUA SAYA, SAYA SANGGUP!
SUPPLEMENT BANYAKKAN AIR SUSU BADAN
Anda boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda untuk banyakkan air susu badan, memberi tenaga, menghilangkan sakit-sakit badan, memekatkan susu badan dan mencantikkan kulit.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan sms/whatsapp 016 993 0543 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk customers dan bakal customers tersayang saya dan semestinya FREE ADVICE!
credit:kotakvitamin-saya.blogspot.com
No comments:
Post a Comment