Friday, December 27, 2013

Bagaimana Jadikan Wishlist Anda Satu Kenyataan??

Saya pasti setiap antara kita punyai banyak impian yang ingin dikecapi ataupun seringkali disebut "wishlist @ dreamlist"..Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, tahun 2013 akan berakhir dan 2014 akan menjelma..

Sudahkah anda capai segala impian anda yang dibuat untuk tahun ini??Mungkin ada yang dah tercapai, dan mungkin juga tidak kan..

Pernah tak anda terfikir, kenapa susah sangat nak dapatkan apa yang anda mahu atau idamkan?? Jika ya, jom saya sharekan sedikit tips untuk anda berjaya penuhi impian @ wishlist anda, hasil dari blogwalking sekejap tadi..mungkin tips ini anda sudah tahu dari dulu tetapi tidak pernah praktikkan, so inilah masanya..amalkan dan lets your dreams comes true..moga bermanfaat pada semua..

1) TENTUKAN APA YANG ANDA BENAR-BENAR INGINKAN

Anda wajib tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini, setahun..2 tahun..5 tahun dari sekarang..bukan sekadar mahu sahaja, tetapi mestilah kemahuan @ keinginan yang membara..kerana keinginan ini yang akan memberikan anda semangat atau push factor untuk anda bertindak dan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anda capai impian anda..Sebagai contoh, di tahun baru 2014 nanti..anda inginkan kereta sendiri..so usahalah ke arah itu..insyaAllah anda tidak akan sedar pun yang impian anda itu akan tercapai sendiri bila tiba masanya, sesuai dengan izin Allah taala..so, jangan takut untuk memasang impian @ wishlist..wujudkan wishlist book anda sendiri k..


2) TULISKAN SEMUA KEINGINAN ANDA PADA SEKEPING KERTAS @ DIARY IMPIAN ANDA

Jangan hanya pendam impian anda didalam hati mahupun fikiran..jelmakan ia pada sebuah kertas ataupun wishlist book anda..macam saya sendiri, setiap apa yang saya mahukan, mesti saya siap-siap tulis pada wishlist book saya..apa yang saya mahu untuk bulan semasa, bulan mendatang mahupun tahun mendatang..

Teringat pula, bulan november lepas..saya menulis wishlist untuk tahun 2014..saya mahukan kereta sendiri pada bulan 4/2014..tetapi Alhamdulillah dengan izinNya, saya dapat capai impian untuk ada kereta sendiri lebih awal dari bulan yang ditarget iaitu disember..so, kawan2 semua..tuliskan apa saja yang anda mahu, masa untuk dicapai dan niatkan dalam hati " walau ape pun, walau macam mana pun, anda tetap nak benda tu"..InsyaAllah akan tercapai..yang penting kita berusaha ke arah itu..sudah ade 2 impian saya yang ditulis tercapai, dulu saya tidak pernah tulis..sekarang apa saja kemahuan mesti ditulis...


3) SIMPAN SEMUA WISHLIST/IMPIAN/DREAMLIST ANDA

Bila dah ditulis, tampalkan atau letak ditempat yang anda akan lihat sentiasa..supaya semangat anda untuk dapatkannya sentiasa membara..hanya semangat yang membara sahaja akan menolak anda untuk berusaha lebih baik dan tidak patah semangat


4) CATAT APA IMPIAN YANG SUDAH DIPENUHI

Ini penting, supaya kita tetap bersyukur dan tahu apa yang perlu dilakukan next step


Persoalannya…. Apakah dengan menuliskan semua impian kita boleh mencapai kejayaan sesuai keinginan kita ? Tips yang dikongsi di atas adalah salah satunya, masih banyak faktor lain yang harus di perbaiki untuk membolehkan tercapainya sebuah tujuan dan impian anda. 


Berminat nak dapatkan produk shaklee?? Hubungi saya macam biasa..harga special only just for my beloved customers!!


Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543


No comments:

Post a Comment