Saturday, December 28, 2013

CHECKLIST PERSIAPAN UNTUK BAKAL IBU DAN BAYI

Salam semua, 
Hari ni nak share dengan kalian semua tentang checklist barangan keperluan bayi untuk menyambut bayi baru lahir terutama kepada mummy yang pertama kali akan menjadi ibu, checklist ni saya ambil masa blogwalking..sumber ada dibawah yea..

Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. 

Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.

Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.

Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.

Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian

Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.

Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.

Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.

Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Untuk Checklist yang lebih lengkap, lihat bawah :-

Untuk Ibu

1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 2
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera
16) Air/Minyak Selusuh
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad - 4
25) Nursing Bra - 4

Untuk Bayi

1) Baby Diapers - 6
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung - 3
9) Barut - 5
10) Topi - 1

Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 

1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti)

Baby Gear

1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi

Diapering

1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming

1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls

Nursering

1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 

1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos

Travelling

1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier

Bathing

1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung

Extra 

1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear




Semoga bermanfaat (',')



credit source: diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com



Berminat nak dapatkan produk shaklee?? Hubungi saya macam biasa..harga special only just for my beloved customers!!


Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543


5 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Buat bakul baby sendiri

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi.

    ada juga pertambahan dari senarai yang Sha dapat sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih, dah boleh start dah cari barang barang ni. huhu

    www.thephotolicious.com

    ReplyDelete
  4. banyaknya info yang bermanfaat. terima kasih ya atas ilmu yang dikongsikan.

    kalau tercari cari newborn photographer yang berpengalaman, boleh je singgah ke wall facebook kami di https://web.facebook.com/thephotolicious/?ref=br_rs

    ReplyDelete
  5. Tq perkongsian yang berguna. Wpun dah anak 2 tp sbb dah lama tak ada bb semua dah xingt. Bila ada list macam ni lagi senang. Tq

    ReplyDelete