Wednesday, November 13, 2013

Cara Sembuhkan Batuk Bayi dan Keringkan Selsema Bayi


Malam semalam syahmi tetiba macam demam, yang aku perasan hingus dia dah meleleh..Eh petang tadi elok2 je dok main..Ya baru aku teringat petang tadi dia ikut aku angkat kain dalam hujan renyai-renyai..lepas tu maknya plak terlupa nak mandikan dia lagi sekali, sebab sebelum tu dia dh mandi..makanya "demam" la. Dalam hati, ahh sudah tak tido lah malam ni...sebab dia bila selsema memang akan datang dengan satu pakej, iaitu batuk dan sakit tekak..

Malam tu memang huru-hara la, dengan tangisan dia yang tahap maximum..aku dengan suami sama-sama tak tahu nak buat apa..last2 jam 3.30 pagi kitorang decide nak bawa dia g klinik..kpmc kajang..macam biasa lepas cek, dktor kata takde demam cuma sakit tekak, selsemaa n batuk..baby tak selesa..ok doktor bagi ubat 3 serangkai tu, ubat demam..ubat batuk..ubat selsema yang jenis minum..

Balik umah terus bagi ubat kat syahmi, tak nampak perubahan lagi..Memang mencabar bila anak sakit, dengan tak dapat nak tidurnya, dengan letihnya, dengan susah hatinya..."complete". Sebenarnya dah lama syahmi tak kena demam, batuk n selsema ni, last masa dia baru nak belajar duduk masa umur dia 5 6 bulan cmtula..sekarang baru kena lagi, so almost setahun jugak la xkena..

So ape aku buat???
(Selalu bahasakan diri "saya" kan, ni nak bagi sedap cerita, guna perkataan "aku" pulak..hehe, layan jela kan..)

google cara nak keringkan selsema bayi  dan hilangkan batuk bayi sebab aku tahu dok harap kat ubat klinik memang lambat la baiknya, macam dulu mau dekat sebulan tak baik-baik jugak..selama tu la aku menderita susah hati...huhu...dan terjumpa satu blog ni (nama ape dah lupa lak)..dia bagi anak dia iliadin n madu khaula..cepat sembuh katanya.

Malam tadi misi mencari ubat selsema iliadin dan madu khaula, alhamdulillah senang dapat..
layan gambar dulu yea...




Iliadin ni ubat selsema bayi jenis titis dalam hidung..cara guna ada dalam kotak dia..untuk syahmi sebab dia dah 1tahun lebih, so drop 1-2 titis jela dalam setiap lubang hidung..Aku perasan tak lama sangat, hingus dia dah kering..dan selepas 4 jam, hingus ada balik tapi tak sebanyak sebelum guna iliadin la..so kenaa drop lagi sekali masa dia nak tido..actually sehari 2-3 kali kena titis..so korang adjust la ikut time korang sendiri.
Hasilnya, malam tadi tidur dengan bahagia sekali..dah tak de hidung tersumbat..mama pun bahagia..lena betul malam tadi gara-gara malam kelmarin yang huru hara..

AWAS: Iliadin ni hanya guna dalam tempoh seminggu, if selsema bayi tak da perubahan please STOP dan jumpa doktor sebab penggunaan yang lama boleh datangkan side effect..

Sekarang tengok gambar madu khaula pulak



Ok madu ni, aku campur dalam air suam, lepas tu letak dalam botol susu syahmi..alhamdulillah habis dia minum..letak satu sudu teh, aku guna sudu plastik yea..untuk elakkan khasiat dia hilang..air jangan panas, suam sahaja..

Hasilnya, tak sampai sejam kot..syahmi dah mula nak main basikal dia, mainan dia..fuhh syukur alhamdulillah..lega sangat...Masa tido, langsung takde dengar dia batuk2..doktor pun ada cakap elok bagi madu dicampur dengan air suam setiap hari untuk bayi..so, aku nak teruskan jela..
Untuk baby under 1 year, tak pasti la plak boleh bagi ke tidak, korang tanya doktor dulu yea..kang laen jadinya..


Tips lain yang aku buat sepanjang dia demam
  • Sapu bam/minyak yu yie sikit pada dada, kaki, ubun-ubun..sikit je, biar berangin ala-ala je
  • Sentiasa pakaikan stokin bila dia tido
  • Stop dulu bagi susu formula, tapi tukar pada barli suam..bila dia batuk, kita bagi susu formula, bertambah geladak dalam tekak dia, so lagi burukkan batuk dia
  • Tinggikan bantal dia, mengiringkan dia..

Itu jela yang aku buat, moga leh bantu korang,..

Opss sebelum terlupa, iliadin boleh dibeli kat farmasi, madu khaula lak aku beli di kedai yang jual barang kecantikan


Sape-sape nak produk shaklee boleh hubungi seperti biasa, Sms/Whatsapp 016 993 0543 



Sedikit info tentang madu khaula


Soalan Yang Sering Ditanya-Madu dan Kesihatan

Apa itu Madu Khaula ?

Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.


Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?

Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.


Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?

Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.


Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?

Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.


Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?

Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.


Bacalah selawat kepada Rasulullah 3 kali mohon keberkatan Al-Quran dan Sunnah. Bagus untuk wanita mengandung dan bayi. Hanya gunakan sudu plastik/kaca/kayu. 


Jangan disimpan dalam peti ais.



Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543

3 comments:

  1. Salam.. thanks for sharing..my son mmg tgh selsema..memandangkan dia br 1 thn 2 bln so Zurin mmg xnk bg ubat selsema..so tgh cari mane2 petua yg boleh diamalkan and i found this..boleh dipraktikkan ni..thanks ya..

    ReplyDelete
  2. wslm..thank dear sudi jengah blog saya..sama-sama..insyaAllah perkongsian ini diwujudkan pun untuk beri manfaat pada semua especially ibu-ibu=)

    ReplyDelete
  3. Bg sy baik elak dr beli madu khaula ni...produk dr iran..negara Syiah yg menyokong kekejaman rejim basyar syiah laknatullah dgn menghantar tentera & bantuan lain...

    ReplyDelete