"Motivasi menjadi wanita paling berbahagia-Be a happiest woman By Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni", saya bukan nak promote, nak jual yea cuma nak sharing sedikit daripada buku ini, moga-moga kita para wanita dapat menjadi wanita paling berbahagia di dunia dan akhirat.
Bila sebut soal BAHAGIA, siapa yang tak nak bahagia kan..Sekarang, cuba anda renung seketika hidup anda sudah bahagiakah anda?? Jika anda masih tercari-cari dimana bahagia itu, ia sebenarnya ada dalam diri anda. Kebahagiaan bermula dari diri sendiri..
Saya teringat kata-kata Prof Muhaya, " Sebelum kita ingin dapatkan bahagia dari orang lain, bahagiakan diri sendiri dulu". Memang betul katanya, jadi macam mana nak bahagiakan diri?? Kuasai fikiran anda, anda boleh memilih kan sama ada nak fikir yang baik-baik saja, positif mahupun negatif..Jika anda mampu menguasai fikiran anda, tiada yang dapat menghalang anda dari menikmati bahagia itu kecuali yang Maha Kuasa...Hapuskan segala kesuh kesah, kesusahan..buatlah sedaya upaya anda dan selebihnya berserah pada yang Maha Esa, kerana kita hidup bertuhan. Mengadu segalanya pada Dia, insyaAllah ketenangan itu akan muncul..
Namun jika hanya dengan senyuman mampu membuat anda bahagia, maka mengapa tidak lakukannya sekarang. Tersenyumlah agar anda menjadi orang paling bahagia.
Dan ingatlah bahawa kebahagiaan yang sebenar adalah dengan mencintai Allah, sama-sama kita muhasabah diri agar menjadi insan yang lebih baik dan terbaik, demi mendapat redha Allah.
Pesanan akhir, buat para wanita yang bergelar isteri: Ingatlah kebahagiaan seorang suami terletak pada kata-kata indah yang keluar dari bibir seorang isteri, dan kebahagiaan seisi rumah terletak pada anda..jika bahagia seorang isteri dan ibu, maka bahagialah seisi rumah, jika sebaliknya maka tidak bahagialah semuanya..
Besarnya impak perasaan seorang wanita dalam rumah tangga kerana kitalah isteri, kitalah ibu, kitalah yang menjaga, mendidik dan mencorakkan insan bernama anak..So ayuh wanita semua, "be a happiest woman", pandang hanya yang indah pada kehidupan seharian dan ingatlah Pelangi itu datang setelah hujan..Dan setelah kesusahan hadir kesenangan..
Sekian..jumpa lagi di entry yang laen..moga memberi sedikit inspirasi pada anda, wanita sekalian..=)
p/s: wahai wanita jagalah tubuh badan agar sihat demi menjalankan tugas yang diamanahkan Allah, dan rapikan diri demi suamimu..nak sihat, nak cantik??semua boleh dengan shaklee..contact2 saya yea untuk supplement shaklee anda!!!
Sebarang Pertanyaan & Order:
Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543
No comments:
Post a Comment