Di sini saya beri sedikit tips buat ibu-ibu menyusu yang ingin susu badan yang meriah dan melimpah ruah ketika dalam pantang.
1. Susukan anak direct feeding walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup
Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.
Tips kekal positif:
===========
Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda
2. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu.
* Jika ada anak yang berumur 1 tahun atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, utk merangsang pengeluaran susu
* Jika tidak, perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi.
* Minimum perah 20minit untuk setiap payudara
* Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang programkan ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate, stimulate. Atau perah, perah, perah.
3. Minum air sekurangnya 3 liter sehari, sebab salah satu komponen utama susu ibu adalah air
4. Pastikan anda tidak skip meal. Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang.
5. Amalkan makanan tambahan (supplement) untuk menggalakan/mempercepatkan penghasilan susu.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu dan memberi semangat kepada ibu-ibu yang berazam untuk fully breastfeed bayi anda :)
SELAMAT MENCUBA...USAHA TANGGA KEJAYAAN ;)
Bagi anda yang menghadapi masalah susu badan mahupun ingin memperbanyakkan susu badan, nak susu badan yang melimpah ruah serta bonus kulit cantik...boleh dapatkan set menyusu shaklee di sini. Bimbingan akan diberikan selepas pembelian dan ia percuma dan selamanya. MAsih ragu untuk membeli, lihat testimoni set menyusu shaklee disini.
Sebarang Pertanyaan & Order:
Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543
credit:mumlovesbabyshoppe.blogspot.com
No comments:
Post a Comment