Saturday, November 16, 2013

Persediaan Sebelum Hamil


Menyentuh bab persediaan sebelum hamil ni, yea memang penting persediaan. Bukan apa, kalau kita well-prepared, insyaAllah hasilnya lebih mantap kan. Macam kita nak g berjalan mana-mana jugak lah, kalau tak sedia awal, ada jugak lah yang tak kena sana sini..barang tu tertinggal la, apela..teringat kisah saya ke johor dulu..pasai tak prepared awal punya pasal..benda paling penting tertinggal..boleh plak tak bawa "botol susu anak", perghh memang dasat..termos, susu..semua bawak, ale2 anak nak susu, cari botol nye takde, hahaha..meroyan jap..last2, minum air kotak jela budak ni, mujur dah setahun lebih..ok2, back to topic..hehhe

Sebelum anda dan pasangan berhasrat untuk menimang cahaya mata, pastikan anda betul-betul bersedia. Persediaan sangat penting, bukan sahaja dari segi menta tetapi juga fizikal. Seelok-eloknya sebelum nak hamil, lakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor bertauliah. Pastikan tahap kesihatan anda dan pasangan benar-benar pada tahap memuaskan. Pemeriksaan ini penting agar badan anda benar-benar bersedia untuk hamil.

               
                    Kehadiran bayi menceriakan hidup kita!!!Its a gift from Allah..

Semasa anda dan pasangan merancang untuk timang cahaya mata, hentikan tabiat buruk seperti merokok dan sebagainya. Dan, dilarang juga ambil ubat tahan sakit. Sebabnya, ubat ni boleh ganggu sistem ovulasi badan. Nasihat saya juga, jika anda penggemar minuman berkafein seperti kopi, teh, coca-cola dan lain-lain, eloklah dikurangkan..lagi elok, jika tak minum terus kan..hehehe..kalau teringin, jamahla sedikit.Semua ni untuk pastikan bayi yang bakal dikandung sihat, dan eloklah amalkan pengambilan asid folik kira-kira 3 bulan sebelum hamil..Asid folik shaklee dipanggil B kompleks yea, haritu ada bawak botol b kompleks shaklee masa jumpa doktor, dan surprisingly doktor cakap "ok, it's good..so teruskan ambil, dan saya tak payah bagi dah vitamin B klinik punya"...waaa, suka2..

PERSEDIAAN SPERMA

Bagi kaum suami, perlu pastikan testis mereka tidak panas kerana ia boleh membunuh sperma. Elakkan mandi air panas ataupun guna seluar dalam yang ketat. Pemakaian jeans yang ketat juga turut menyumbang kepada kerosakan sperma.

Untuk hasilkan sperma yang banyak dan berkualiti, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin E, C dan zink. Dan bagi kaum isteri pula, boleh ambil GLA complex..Pemakanan juga perlu dijaga, amalkan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran..Dan paling penting, elakkan stress sebab ia boleh tingkatkan hormon prolaktin dalam badan, hormon ni kemudian akan menyebabkan gangguan pada embrio dalam rahim.

PERSEDIAAN MENTAL

Untuk persediaan mental pula, apa yang perlu ialah relaks. Relaks, perkataan paling sesuai buat pasangan yang inginkan anak. Jangan terlalu fikir kenapa kalian masih belum ada anak sedangkan orang lain dah berderet-deret. Nak dekat sedozen dah, hehe..Bila dok fikir-fikir, makanya akan jadi stress, bila stress lagi burukkan keadaan..

Carilah ketenangan, sebab bila anda dan pasangan tenang..emosi atau aura baik terhasil, so hubungan kelamin lebih berkualiti...terhasil dengan penuh kasih sayang, bukan sebab terpaksa dan dipaksa..

Macam mana nak tenang??banyak-banyak bersolat sunat, doa dan merintih pada yang maha kuasa, bersiar-siar di tempat favourite anda, reflekslogi dan banyak lagi cara kan, tinggal nak buat dengan tidak je...

PERSEDIAAN HUBUNGAN KELAMIN

Bagi hubungan kelamin, saya dah sentuh dalam topik yang lepas..makin kerap bersama makin tinggi kebarangkalian untuk hamil, tapi awas..lakukanlah hubungan kelamin anda dalam keadaan santai dan intim, bukan sebab terpaksa sebab nak anak...nak anak..nak anak..so kena buat..bunyi pun dah stress kan..

Jangan panik, jika dah terlalu kerap bersama tapi still lagi tak berjaya, mungkin selama ni cara tu tak betul..So, jangan emosional sangat yea, tenangkan fikiran dan hadapi dengan positif.

Teruskan bermesra dengan pasangan, lalui dengan penuh keindahan..pasti kesungguhan korang berhasil juga kemudian hari.

Jika masih tak berjaya juga, jangan bimbang..sekarang zaman sains dan teknologi dah canggih manggih kan..segalanya berkemungkinan..

Apa pun rujuklah pada yang pakar, moga kebuntuan anda dan pasangan berjaya dileraikan..

Tanks for reading, happy always (*~*)

p/s: jangan lupa cuba set subur shaklee yea, ada yang belum habis vitamin lagi dah lekat..bila badan sihat, sperma dan telur sihat, insyaAllah berhasil ada baby nanti..usaha, doa, tawakkal!!

Sebarang Pertanyaan & Order:


Pn Norehan
Shaklee Independent Distributor (ID: 960213)
Fb page:www.facebook.com/ummivitashop
SMS/Whatsapp: 016 993 0543

No comments:

Post a Comment