Dah siap semua urusan rumah tangga, baru lah boleh update blog..hehe..Mommies semua tengok tak wanita hari ini kejap tadi??Hemm tajuk yang sangat dekat pada saya dan bayi saya iaitu sawan tangis.
Bila dengar perbincangan pengacara dengan ustaz perubatan yang dijemput, hampir 100% tepat dengan situasi yang dialami saya masa anak first dulu. Hampir setahun lepas, namun masih ingat lagi setiap saat getir tu. Mana tak getir nya, kita dahla first time mama, ditambah langsung tidak ada ilmu tentang semua ni.
Tak nak panjang-panjang tulis, jom ikuti pengalaman bayi saya dapat sawan tangis.
Alkisah bermula bila saya dah habis pantang, masa tu baby umur 3 bulan. So, tiba masa pulang ke rumah sendiri dari kampung. Perjalanan yang memakan masa berjam-jam memang penat, at last kami sampai masa azan maghrib. Sampai je depan halaman rumah, baby saya dah menangis kuat ala-ala melalak dah. So, masa tu dah rasa tak sedap hati dan terdetik maybe ada sesuatu dekat rumah kami tu. Tapi, cepat2 istigfar cakap tak de ape-ape kot dan terus bawa masuk baby ke dalam rumah. Tapi tak sampai selangkah masuk pintu depan, baby makin kuat dan kuat menangis. Terus ambil keputusan untuk menumpang rumah mertua semalaman. Dan pagi esoknya, saya ke rumah tu balik dan renjis-renjis air bacaan ayat kursi dan al-Quran kat bucu-bucu dinding. Tengahari tu, saya dan suami bawa balik baby ke rumah semula.
Sambil melayan anak, mulut saya tidak berhenti membaca ayat 3 qul, ayat kursi, selawat. Dengan harapan, anak saya tak kan menangis lagi. Namun, keadaan bertambah teruk bila tepat jam 5 petang, baby saya mula menangis tanpa henti sambil mata memandang ke atas. Masa tu, saya seorang di rumah, memang getir dan mencabar sangat. Nak menangis pun ada..Kita jadi takut, risau, semua perasaan bercampur-baur. Masa azan maghrib, baby makin rancak menangis. Sepanjang dia menangis, saya dukung dia walaupun penat. Sehinggalah dia tertidur kepenatan jam 1 pagi. Lega rasanya, ingat boleh baring-baring. Tetiba baby saya terkejut dan menangis secara tiba-tiba dan matanya tepat ke dinding rumah.
Cabaran yang amat saya rasai sangat-sangat bila suami memandang benda tu remeh, ala biasala budak nangis. takde apela sedangkan baby menangis tanpa henti dari siang bawak ke malam..tapi hati ni, memang boleh rasa ade sesuatu yang tak kena dengan rumah tu. Naluri seorang ibu memang kuat masa tu. At last, selepas berbincang..suami akur dengan permintaan saya untuk ke rumah kakak saya. Masa di rumah kakak saya, seorang ustaz pengamal perubatan telah dipanggil. Rupanya memang benarlah telahan saya bahawa baby saya diganggu oleh penghuni yang tak diundang dirumah tu. So, ustaz tu baca ayat quran dan tutup hijab mata baby saya supaya baby saya tak akan nampak lagi benda-benda menakutkan.
Selain tu, saya juga bawa baby ke darus syifa. Ustaz yang rawat tu hanya letak tapak tangan je kat atas ubun-ubun bayi sambil baca ayat tertentu. Alhamdulillah lepas beberapa kali rawatan, bayi saya dah tak menangis macam dulu lagi. Ustaz yang merawat bagitahu mujur cepat dibawa berubat kerana bayi saya dah kena sawan tangis tahap kronik yang hampir membawa kepada kecacatan.
Nasihat saya pada mommies yang baby menangis start dari petang hingga malam, jangan ambil ringan..Mungkin bayi anda seperti baby saya, terkena sawan tangis ini.
Jom tengok tanda-tanda baby terkena sawan tangis:
- Bila bayi menangis, hanya keluar suara (Air mata tak keluar)
- Masa menangis, Mata dipejam tetapi dalam masa sama Biji mata bergerak
- Bayi menangis bermula waktu petang hingga subuh
- Bayi Menangis, berhenti dan menangis semula
- Mata bayi sentiasa memandang tepat ke atas
- Bayi mudah terkejut semasa tidur
Kesan sawan tangis:
- Memberi kesan pada urat saraf bayi
- Memberi kesan pada otak bayi bila dewasa (lambat tangkap bila belajar, lembap)
- Boleh menyebabkan kecacatan jika dibiar berlarutan
Cara atasi:
Baca bismillahirrahmanirrahim(Masa baca "him" tu bacalah 6 harakat dan hembus dalam air dan usap ke seluruh badan bayi)
Bawa bayi anda berubat dengan pengamal perubatan untuk merawat bayi
Panggil ustaz/imam untuk bersihkan rumah dengan bacaan ayat quran yang tertentu
Hope, semua dapat ambil iktibar dan dapat sedikit sebanyak ilmu.
p/s: saya dulu siap berpindah rumah sebab rumah tu walaupun dibasuh tetap keras.
Dapatkan produk shaklee disini.. Sms/Whatsapp 016 993 0543
ReplyDeleteInfo yang menarik. Sawan tangis memang mudah berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap menyebabkan ibu bapa menjadi risau. Kebanyakan kes sawan tangis berpunca daripada masalah penghadaman termasuk reflux asid dan perut kembung.
Salam..sy nk tnya...kalau bayi menangis time nk tido...adakah itu sawan nangis...bile malam dia xnangis...just bgn menyusu saja
ReplyDeleteAnak saya umur 1 tahun dah 2x kena masa nangis tu tak kluar suara.. tangan genggam mata pandang atas kaku badan muka&bibir pucat biru cam tu cam orang lemas kurang oksigen.. apakah tu sawan tangis .. ?
ReplyDelete