Kesedaran ibu-ibu untuk memberi penyusuan susu ibu kepada bayi mereka secara eksklusif dilihat semakin meningkat pada hari ini. Ini mungkin disebabkan sudah ramai yang peka atau sedar dengan kepentingan dan khasiat susu ibu itu sendiri.
Namun dalam keterujaan untuk menyusu bayi, mungkin ada di antara ibu-ibu terutama ibu muda yang menghadapi masalah kurang atau tiada susu badan. Mungkin anda pernah dengar keluhan ini " “Saya tiada susu”, “Susu badan kering”, “Susu ibu kurang, tak cukup.. kena tambah susu formula”.
Keluhan ini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan persediaan mengenai penyusuan. Oleh itu digalakkan ibu-ibu muda yang hamil anak pertama untuk menimba ilmu berkenaan penyusuan, termasuk bagaimana untuk menambah susu badan sebelum anda bersalin lagi. Ini penting agar anda tidak gagal dalam memberi susu badan buat anak pertama.
Hari ini saya akan berkongsi kepada pembaca semua tentang beberapa makanan penggalak susu agar para ibu semua dapat mengatasi masalah berkaitan kekurangan atau ketiadaan susu badan.
Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:
Lobak putih

Buah longan kering

-Kebanyakkan ibu menyusu prefer untuk amalkan minum air longan kering, ia agak berkesan untuk tambah susu badan
Kurma

Pucuk betik/Betik muda
Halba/Fenugreek

- Boleh juga beli serbuk fenugreek di farmasi
Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Jantung pisang
Daun cekur manis/pucuk manis
Kacang soya

TIPS SAMPINGAN
Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air masak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep supply and demand. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Supplement untuk Ibu Menyusu
Ibu-ibu menyusu kerap kali akan berasa cepat letih, penat dan tertekan. Jadi kepada ibu-ibu menyusu yang sering berasa keletihan,stress dan tidak bertenaga, saya sarankan anda mencuba set penyusuan Shaklee. Antara set penyusuan yang disarankan ialah:
Set B – Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C & Alfalfa

Set 3M – Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP

Set menyusu shaklee telah banyak membantu ibu-ibu terutama ibu muda dalam penyusuan mereka. Setiap vitamin dalam set ini memberi manfaat tersendiri. Kelebihan set menyusu:
- Tubuh ibu lebih bertenaga berbanding sebelumnya
- Susu ibu bertambah dan lebih pekat
- Emosi ibu menjadi lebih stabil
- Kulit wajah cerah, licin dan lebih bermaya
credit: milkymommy.com
Jika anda menghadapi masalah penyusuan atau berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya apa sahaja dari saya. InsyaAllah samaa-sama kita berkongsi segala ilmu yang ada.
Puan Norehan | Shaklee Independent Distributor
016 993 0543 | Shaklee ID 960213
norehansetapa@yahoo.com
p/s: Moga2 semua ibu-ibu dapat memberi susu badan secara ekslusif selama 2tahun atau lebih dan kita semua diberi ganjaran pahala bagi setiap titik susu yang dihisap oleh bayi kita.
No comments:
Post a Comment