Monday, September 23, 2013

Penyakit kuning (Jaundice) di kalangan Bayi baru lahir


Pastinya ramai mommies2 yang hadapi situasi bayi kena kuning ni kan. Teringat dulu, masa first baby pun kena kuning.. Walaupun doktor belum bagitahu masa tu baby kena kuning, tapi saya amat pasti sebab dahi dan hidung dia ada kuning2 sikit. Hati dah risau kan, jangan la kena cucuk ambil darah segala, sian baby. Dahla wayar berselirat kat badan, jarum dekat tangan dan kaki lagi sebab dia ditahan di NICU disebabkan luka pada kepala masa proses melahirkan. First time bersalin, tak reti teran kan, so kena vakum..Eh dah tersasar jauh ni dari tajuk..hhehe..Ok la, jom intai ape itu jaundis..



Apa itu Jaundis??

Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. 

Kategori Jaundis Bagi Bayi Baru Lahir:

Jaundis fisiologikal

-Biasanya berlaku pada hari ke 3 atau 4 selepas lahir
-Disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk menegluarkan bilirubin secara efektif daripada badan

Jaundis Patologikal

- Boleh berlaku pada hari pertama lagi
- Disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan

Jaundis yang berpanjangan (prolonged Jaundice)

- Berlaku selepas bayi berumur 2minggu
- Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2minggu

Rawatan Jaundis

Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi mengurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu, ika bayi yang baru lahir mendapat kuning, perlulah dibawa berjumoa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.


sumber:drsaiful.blogspot.com


p/s: selalunya jaundis/kuning terjadi pada bayi yang kuat tidur, so paksa bayi anda bangun dan menyusu dengan kerap untuk kurangkan kuning..My petua: ambil anggur hitam sebiji, lenyek dan ambil air dia..suap pada bayi dalam setitik dua..insyaAllah lama-lama hilang kuning tu!!!selamat mencuba

No comments:

Post a Comment