Monday, September 30, 2013

Tanda-tanda hampir Bersalin

Salam semua,

Perkongsian hari ini mengenai tanda-tanda hampir bersalin. Saya pasti bakal ibu mesti tertanya-tanya apakah tanda-tanda nak bersalin.Yelah kandungan pun dah cecah 38minggu, ada yang 39 minggu dan ada yang dah overdue dari due date. Teringat dulu, baby dalam perut dah lebih due seminggu, gusar juga hati ni tambahan anak pertama kan. Bila tanya orang, tak ada plak tanda yang sama berlaku kepada saya. Hinggalah suatu pagi ketika sedang tidur, air bercampur darah keluar secara tiba-tiba dan banyak. Apa lagi, laju la ke hospital..hehhe..Itu kisah saya, Jom sekarang intai tanda-tanda nak bersalin. Mana tahu anda dah alami sedikit-sedikit tapi tak perasan..Layannnn......


kedudukan sebenar bayi & menunjukkan proses kelahiran \hampir berlaku..kelahiran secara normal

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

                                                       Kontraksi Rahim
  • Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
  • Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah Ketuban
  • Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
  • Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks Terbuka
  • Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Tanda-Tanda Bersalin dari Forum Ratu Hati.

Bayi Turun Ke Bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Pesanan saya buat ibu-ibu yang sedang menanti saat untuk melahirkan, sila perhatikan tanda-tanda di atas dan segeralah ke hospital.

Saya doakan ibu-ibu selamat melalui detik pengalaman yang paling berharga untuk melahirkan cinta hati anda dan suami. .Amin


credit:ayiewiyah.blogspot.com/ mamapeduli.blogspot.com

p/s: Bagi bakal ibu yang masih lagi tercari-cari set berpantang yang selamat dan terbaik buat anda dan bayi, boleh mencuba set berpantang shaklee.Ia selamat, halal, semulajadi, cepat menyembuhkan luka, mencergaskan badan, memperbanyakkan susu badan, boleh diambil seawal bersalin, boleh diambil walaupun bayi kuning



Thursday, September 26, 2013

Pentingnya Amalan Berpantang


Mommies pernah dengar tak, orang tua cakap kalau kita tak berpantang dengan betul boleh membawa kemudaratan. Nampak tak kat situ pentingnya berpantang untuk kesihatan tubuh dan mental buat si ibu. Amalan berpantang biasanya dilakukan selama 44hari sehingga 100 hari bergantung pada individu itu sendiri.

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
PemakananJika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.

Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.

Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. 

Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Perubahan mental , Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.

Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.

Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.

credit:utusan.com.my


Kelebihan Berpantang dengan set berpantang shaklee:
  • Badan cergas dan tidak penat
  • Kulit muka cantik dan cerah
  • Susu badan banyak dan meriah
  • Luka bersalin cepat sembuh
  • Sakit urat dan pinggang hilang
  • Susu badan lebih pekat dan berkrim
Kesimpulannya, buat ibu-ibu muda pastikan anda berpantang dengan sebaik-baiknya untuk kesihatan tubuh anda di kemudian hari


Berminat?? Sms/Whatsapp 016 993 0543 (Pn Nor)


Monday, September 23, 2013

Tentukan Jantina Bayi Dengan Kalendar Cina


Di saat anda disahkan hamil, hati terasa teruja, begitu juga dengan pasangan anda. Dan setiap hari pastinya berasa tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi anda, bila di scan..bayi malu-malu plak dan sembunyikan identiti diri. Hemm, mesti dalam dilema kan?? Tertanya-tanya, bayi yang dikandung perempuan atau lelaki. Jom saya kongsikan cara mengetahui jantina bayi anda menggunakan Kalendar Kuno Cina...

Kalendar ni dah lama di kaji dan diguna pakai oleh orang cina sejak beratus tahun dulu. Ramai yang kata jangkaan jantina anak tepat mengikut kiraan kalendar cina ni. Keberkesanan kalendar ni hampir 99% tepat (kebetulan jer kot...)

   

Cara guna table:

  1. Mula-mula, cek umur korang dulu (range umur kalendar ni antara 18 - 45 tahun)
    • katakanlah umur korang 27 tahun (tanda macam gambar kat bawah ni)
  2. Pilih jantina bayi (G=girl, B=boy)
    • kalau nak anak perempuan, pilih simbol G
  3. Pilih bulan kelahiran (yang ada huruf G jer)
    • Contoh: pilih bulan November sebagai bulan kelahiran
  4. Jadi, proses menanam benih kenalah dibuat pada 9 - 10 bulan sebelum bulan November (iaitu antara bulan February dan Mac)


     Klik gambar utk tatapan lebih besar

    So, dah tahu macam mana nak guna kan? Bolehla cuba, cuma jangan terlalu taksub kerana
    Sebenarnya urusan jantina adalah ketentuan Allah. 


    So, janganlah percaya sangat Kalendar ni, jadikan sebagai panduan jer..Walau apa sekalipun jantina bayi anda yang lahir kelak, moga-moga ia lahir dengan selamat dan sihat.


    Apa yang penting baca doa sebelum berjimak...



    p/s:  amalkan vitamin E shaklee dan alfalfa buat isteri dan suami untuk hubungan batin yang hangat sehangat malam pertama.

    credit: mynameiscomel.blogspot.com

    BERSALIN CARA MUDAH DAN TANPA KESAKITAN



    Photo: BERSALIN CARA MUDAH DAN TANPA KESAKITAN

Sakit bersalin boleh menjadi satu yang menyakitkan wanita tetapi kini terdapat beberapa kaedah melegakan kesakitan yang boleh anda gunakan.

Kesakitan bersalin yang anda rasai sebenarnya mempunyai maksud di sebaliknya: setiap kontraksi akan membawa anda lebih dekat dengan kelahiran bayi anda. Sama ada anda memilih kaedah pelega kesakitan atau tidak, ia semua bergantung kepada keupayaan anda berhadapan dengan kesakitan.

Pilihan cara melega kesakitan adalah di tangan anda tetapi sebelum anda mengambil keputusan, anda perlu tahu apakah pilihan-pilihan yang ada dan bagaimana ia dilakukan.
 
- Suntikan Epidural -
Satu suntikan di bahagian belakang menggunakan jarum berongga yang hujungnya melengkung. Satu jalur tiub kecil akan dimasukkan ke dalam jarum tersebut dan selepas itu jarum akan dikeluarkan. Pakar bius akan menyuntik anestetik setempat, lazimnya ubat narkotik, ke dalam tiub menyebabkan saraf di bahagian pinggul ke bawah berasa kebas. Dos ubat anestetik akan dikawal supaya kesannya tidak memanjangkan masa bersalin yang mana boleh menyebabkan bayi lebih sukar untuk diteran keluar.

Epidural akan membuatkan anda tidak terasa sakit bersalin dan anda akan sentiasa sedar supaya dapat menikmati kelahiran bayi anda. Anda mungkin berasa sejuk atau menggigil dan terpaksa baring di atas katil sahaja.

Tip Berguna:
Jangan bergerak apabila epidural sedang dijalankan. Tarik nafas sedalamnya melalui hidung dan hembus melalui mulut. Beritahu pakar bius apabila anda terasa kontraksi akan bermula supaya dia boleh menghentikan prosedur apabila anda mengalami kontraksi.
 
- Entonoks -
Campuran 50% oksigen dan 50% nitrus oksida, entonoks akan disedut melalui topeng atau corong mulut, di mana ia memberi anda kawalan sepenuhnya. Ia juga membekalkan oksigen yang baik untuk bayi dan akan hilang dari sistem anda selepas bersalin. Bagaimanapun, ia hanya dapat mengurangkan kesakitan secara sederhana dan boleh menyebabkan anda rasa loya dan kering mulut.

Tip Berguna:
Sedut entonoks sedalamnya setiap kali anda terasa kontraksi akan bermula kerana ia mengambil masa setengah minit untuk mula bertindak menghilangkan kesakitan anda.

- ‘Pethidine’ -
Ini merupakan kaedah di mana ubat narkotik akan disuntik di punggung atau peha. ‘Pethidine’ ialah pelega kesakitan dan juga sedatif. Oleh kerana ia boleh menyebabkan anda berasa loya dan muntah-muntah, sejenis ubat lain perlu digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan ini. Ia mengambil masa 20 minit untuk ‘Pethidine’ mula bertindak dan kesannya berbeza bagi setiap wanita – sesetengah akan berasa mengantuk, yang lainnya pula akan berasa lebih cergas. Jika digunakan hampir waktu bersalin, ia boleh menyebabkan bayi berasa mengantuk.

Tip Berguna:
Gunakan teknik pernafasan sebelum ubat tersebut mula bertindak. Bincang segala kebaikan dan kelemahan setiap pelega kesakitan dengan doktor sebelum memilih yang terbaik untuk anda. 

Oleh Dr Mohamed Namazie Ibrahim, Pakar Perunding Anestesiologi

Sharing is Caring Kelab Penyusuan Si Manja

Boleh kongsi pandangan atau pengalaman Mommies..?

    Sakit bersalin boleh menjadi satu yang menyakitkan wanita tetapi kini terdapat beberapa kaedah melegakan kesakitan yang boleh anda gunakan.

    Kesakitan bersalin yang anda rasai sebenarnya mempunyai maksud di sebaliknya: setiap kontraksi akan membawa anda lebih dekat dengan kelahiran bayi anda. Sama ada anda memilih kaedah pelega kesakitan atau tidak, ia semua bergantung kepada keupayaan anda berhadapan dengan kesakitan.

    Pilihan cara melega kesakitan adalah di tangan anda tetapi sebelum anda mengambil keputusan, anda perlu tahu apakah pilihan-pilihan yang ada dan bagaimana ia dilakukan.

    - Suntikan Epidural -
    Satu suntikan di bahagian belakang menggunakan jarum berongga yang hujungnya melengkung. Satu jalur tiub kecil akan dimasukkan ke dalam jarum tersebut dan selepas itu jarum akan dikeluarkan. Pakar bius akan menyuntik anestetik setempat, lazimnya ubat narkotik, ke dalam tiub menyebabkan saraf di bahagian pinggul ke bawah berasa kebas. Dos ubat anestetik akan dikawal supaya kesannya tidak memanjangkan masa bersalin yang mana boleh menyebabkan bayi lebih sukar untuk diteran keluar.

    Epidural akan membuatkan anda tidak terasa sakit bersalin dan anda akan sentiasa sedar supaya dapat menikmati kelahiran bayi anda. Anda mungkin berasa sejuk atau menggigil dan terpaksa baring di atas katil sahaja.

    Tip Berguna:
    Jangan bergerak apabila epidural sedang dijalankan. Tarik nafas sedalamnya melalui hidung dan hembus melalui mulut. Beritahu pakar bius apabila anda terasa kontraksi akan bermula supaya dia boleh menghentikan prosedur apabila anda mengalami kontraksi.

    - Entonoks -
    Campuran 50% oksigen dan 50% nitrus oksida, entonoks akan disedut melalui topeng atau corong mulut, di mana ia memberi anda kawalan sepenuhnya. Ia juga membekalkan oksigen yang baik untuk bayi dan akan hilang dari sistem anda selepas bersalin. Bagaimanapun, ia hanya dapat mengurangkan kesakitan secara sederhana dan boleh menyebabkan anda rasa loya dan kering mulut.

    Tip Berguna:
    Sedut entonoks sedalamnya setiap kali anda terasa kontraksi akan bermula kerana ia mengambil masa setengah minit untuk mula bertindak menghilangkan kesakitan anda.

    - ‘Pethidine’ -
    Ini merupakan kaedah di mana ubat narkotik akan disuntik di punggung atau peha. ‘Pethidine’ ialah pelega kesakitan dan juga sedatif. Oleh kerana ia boleh menyebabkan anda berasa loya dan muntah-muntah, sejenis ubat lain perlu digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan ini. Ia mengambil masa 20 minit untuk ‘Pethidine’ mula bertindak dan kesannya berbeza bagi setiap wanita – sesetengah akan berasa mengantuk, yang lainnya pula akan berasa lebih cergas. Jika digunakan hampir waktu bersalin, ia boleh menyebabkan bayi berasa mengantuk.

    Tip Berguna:
    Gunakan teknik pernafasan sebelum ubat tersebut mula bertindak. Bincang segala kebaikan dan kelemahan setiap pelega kesakitan dengan doktor sebelum memilih yang terbaik untuk anda.

    Oleh Dr Mohamed Namazie Ibrahim, Pakar Perunding Anestesiologi




    credit:kelab penyusuan simanja

    Penyakit kuning (Jaundice) di kalangan Bayi baru lahir


    Pastinya ramai mommies2 yang hadapi situasi bayi kena kuning ni kan. Teringat dulu, masa first baby pun kena kuning.. Walaupun doktor belum bagitahu masa tu baby kena kuning, tapi saya amat pasti sebab dahi dan hidung dia ada kuning2 sikit. Hati dah risau kan, jangan la kena cucuk ambil darah segala, sian baby. Dahla wayar berselirat kat badan, jarum dekat tangan dan kaki lagi sebab dia ditahan di NICU disebabkan luka pada kepala masa proses melahirkan. First time bersalin, tak reti teran kan, so kena vakum..Eh dah tersasar jauh ni dari tajuk..hhehe..Ok la, jom intai ape itu jaundis..



    Apa itu Jaundis??

    Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. 

    Kategori Jaundis Bagi Bayi Baru Lahir:

    Jaundis fisiologikal

    -Biasanya berlaku pada hari ke 3 atau 4 selepas lahir
    -Disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk menegluarkan bilirubin secara efektif daripada badan

    Jaundis Patologikal

    - Boleh berlaku pada hari pertama lagi
    - Disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan

    Jaundis yang berpanjangan (prolonged Jaundice)

    - Berlaku selepas bayi berumur 2minggu
    - Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2minggu

    Rawatan Jaundis

    Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi mengurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu, ika bayi yang baru lahir mendapat kuning, perlulah dibawa berjumoa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.


    sumber:drsaiful.blogspot.com


    p/s: selalunya jaundis/kuning terjadi pada bayi yang kuat tidur, so paksa bayi anda bangun dan menyusu dengan kerap untuk kurangkan kuning..My petua: ambil anggur hitam sebiji, lenyek dan ambil air dia..suap pada bayi dalam setitik dua..insyaAllah lama-lama hilang kuning tu!!!selamat mencuba

    Thursday, September 19, 2013

    Cara Atasi Bengkak Susu


    bengkak

     Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Teruskan pembacaan anda yea..
    Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
    Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
    Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
    1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
    2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
    3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
    Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
    4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
    5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
    6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
    7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
    8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
    9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
    10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
    Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
    sumber:pama.karangkraf.com



    Petua Sembuhkan Luka Bersalin

    Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
    Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
    1.      Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
    2.      Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
    3.      Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
    4.      Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
    5.      Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

    p/s: Nak mudah, hanya ambil set bersalin shaklee kerana di dalamnya ada vitamin C..memang luka cepat sembuh..

    Latih waktu tidur bayi anda


    Tidur yang cukup sememangnya sangat penting kepada bayi kerana ia dapat memberi peluang kepada tubuh mereka untuk berehat selain sebahagian besar pertumbuhan otak berlaku ketika mereka tidur dengan nyenyak.
    Bayi yang tidak mendapat tidur mencukupi lazimnya meragam dan sering merengek hingga menjejaskan proses pembelajarannya selain memberi kesan mendalam kepada ibu bapa yang kepenatan. 
    Berikut beberapa tip untuk membantu ibu bapa mendapat rehat yang cukup dan melatih anak mereka tidur mengikut waktunya. 

  • Setiap bayi mempunyai corak tidurnya yang sendiri, tetapi ketika usianya menjangkau tiga atau empat bulan, ibu bapa boleh mula melatih ­mereka tidur mengikut jadual yang sesuai dengan kitaran tidur semula jadi bayi.

  • Beri perhatian pada tanda yang ditunjukkan bayi apabila ia mula mengantuk misalnya menggosok mata, bermain dengan rambut atau mula meragam selepas minum pada waktu tengah hari.


  • Anda mungkin perlu mencatat rekod mengenai tanda mengantuk yang ditunjukkan atau bila anak anda tidur dalam tempoh seminggu supaya corak tidurnya dapat dikenal pasti, seterusnya memudahkan anda merangka jadual tidurnya. 

  • Cuba tidurkan bayi pada waktu yang sama setiap hari. Ini kerana sekiranya jadual tidurnya berubah-ubah, bayi akan mengalami masalah sukar melelapkan mata. 

  • Sekiranya bayi yang ditinggalkan di rumah ­pengasuh tidur sekitar jam 3 petang, cuba teruskan waktu tidur yang sama ketika anda bercuti dan menjaga sendiri bayi pada waktu itu. 

  • Rutin tidur sekejap di siang hari penting selain tidur yang lena pada waktu malam. Ia membantu anak anda berasa tenang dan membuatkannya lebih bersedia untuk tidur. 

  • Cuba membacakan buku cerita, menyanyi atau membelai anak untuk membantunya berehat. Apabila diamalkan, secara tidak langsung bayi akan tahu waktu tidurnya sudah hampir. 

  • Pastikan bayi berpakaian selesa dan letakkan di atas tilam tanpa bantal, selimut atau mainan berada berhampiran. 

  • Elak bunyi kuat atau permainan yang merangsang mindanya ketika mahu menidurkan bayi. 

  • Tidurkan bayi di tempat yang sama setiap malam, supaya bayi ­dapat mengaitkan tempat itu dengan perbuatan tidur. 


  • Jika pulang ke kampung atau pergi bercuti, bawa sekali buku cerita atau sebarang objek yang boleh membuatkan bayi tahu ia masa untuk tidur apabila diberikan kepadanya. 

  • Jangan tunggu sehing­ga bayi terlalu penat untuk menidurkannya. 

  • Sekiranya bayi gemar tidur dalam jangka pendek tetapi kerap, jangan gusar dengan keadaan itu selagi ia tidak meragam dan ceria. 

  • Bayi juga berasa tenang selepas dimandikan dengan air yang suam dan lebih mudah tidur selepas itu. 

  • Amalkan rutin seperti mencuci muka, membersihkan gusi atau gigi, menukar lampin dan menukar baju untuk membuatkan bayi selesa dan tahu sudah masuk waktu tidurnya.


  • sumber: metro

    Wednesday, September 18, 2013

    Sawan Tangis-Punca dan Kesan

    Salam mommies semua,

    Dah siap semua urusan rumah tangga, baru lah boleh update blog..hehe..Mommies semua tengok tak wanita hari ini kejap tadi??Hemm tajuk yang sangat dekat pada saya dan bayi saya iaitu sawan tangis.




    Bila dengar perbincangan pengacara dengan ustaz perubatan yang dijemput, hampir 100% tepat dengan situasi yang dialami saya masa anak first dulu. Hampir setahun lepas, namun masih ingat lagi setiap saat getir tu. Mana tak getir nya, kita dahla first time mama, ditambah langsung tidak ada ilmu tentang semua ni.

    Tak nak panjang-panjang tulis, jom ikuti pengalaman bayi saya dapat sawan tangis.

    Alkisah bermula bila saya dah habis pantang, masa tu baby umur 3 bulan. So, tiba masa pulang ke rumah sendiri dari kampung. Perjalanan yang memakan masa berjam-jam memang penat, at last kami sampai masa azan maghrib. Sampai je depan halaman rumah, baby saya dah menangis kuat ala-ala melalak dah. So, masa tu dah rasa tak sedap hati dan terdetik maybe ada sesuatu dekat rumah kami tu. Tapi, cepat2 istigfar cakap tak de ape-ape kot dan terus bawa masuk baby ke dalam rumah. Tapi tak sampai selangkah masuk pintu depan, baby makin kuat dan kuat menangis. Terus ambil keputusan untuk menumpang rumah mertua semalaman. Dan pagi esoknya, saya ke rumah tu balik dan renjis-renjis air bacaan ayat kursi dan al-Quran kat bucu-bucu dinding. Tengahari tu, saya dan suami bawa balik baby ke rumah semula.

    Sambil melayan anak, mulut saya tidak berhenti membaca ayat 3 qul, ayat kursi, selawat. Dengan harapan, anak saya tak kan menangis lagi. Namun, keadaan bertambah teruk bila tepat jam 5 petang, baby saya mula menangis tanpa henti sambil mata memandang ke atas. Masa tu, saya seorang di rumah, memang getir dan mencabar sangat. Nak menangis pun ada..Kita jadi takut, risau, semua perasaan bercampur-baur. Masa azan maghrib, baby makin rancak menangis. Sepanjang dia menangis, saya dukung dia walaupun penat. Sehinggalah dia tertidur kepenatan jam 1 pagi. Lega rasanya, ingat boleh baring-baring. Tetiba baby saya terkejut dan menangis secara tiba-tiba dan matanya tepat ke dinding rumah.

    Cabaran yang amat saya rasai sangat-sangat bila suami memandang benda tu remeh, ala biasala budak nangis. takde apela sedangkan baby menangis tanpa henti dari siang bawak ke malam..tapi hati ni, memang boleh rasa ade sesuatu yang tak kena dengan rumah tu. Naluri seorang ibu memang kuat masa tu. At last, selepas berbincang..suami akur dengan permintaan saya untuk ke rumah kakak saya. Masa di rumah kakak saya, seorang ustaz pengamal perubatan telah dipanggil. Rupanya memang benarlah telahan saya bahawa baby saya diganggu oleh penghuni yang tak diundang dirumah tu. So, ustaz tu baca ayat quran dan tutup hijab mata baby saya supaya baby saya tak akan nampak lagi benda-benda menakutkan.

    Selain tu, saya juga bawa baby ke darus syifa. Ustaz yang rawat tu hanya letak tapak tangan je kat atas ubun-ubun bayi sambil baca ayat tertentu. Alhamdulillah lepas beberapa kali rawatan, bayi saya dah tak menangis macam dulu lagi. Ustaz yang merawat bagitahu mujur cepat dibawa berubat kerana bayi saya dah kena sawan tangis tahap kronik yang hampir membawa kepada kecacatan.

    Nasihat saya pada mommies yang baby menangis start dari petang hingga malam, jangan ambil ringan..Mungkin bayi anda seperti baby saya, terkena sawan tangis ini.

    Jom tengok tanda-tanda baby terkena sawan tangis:


    • Bila bayi menangis, hanya keluar suara (Air mata tak keluar)
    • Masa menangis, Mata dipejam tetapi dalam masa sama Biji mata bergerak
    • Bayi menangis bermula waktu petang hingga subuh
    • Bayi Menangis, berhenti dan menangis semula
    • Mata bayi sentiasa memandang tepat ke atas
    • Bayi mudah terkejut semasa tidur


    Kesan sawan tangis:

    • Memberi kesan pada urat saraf bayi
    • Memberi kesan pada otak bayi bila dewasa (lambat tangkap bila belajar, lembap)
    • Boleh menyebabkan kecacatan jika dibiar berlarutan


    Cara atasi:

    Baca bismillahirrahmanirrahim(Masa baca "him" tu bacalah 6 harakat  dan hembus dalam air dan usap ke seluruh badan bayi)

    Bawa bayi anda berubat dengan pengamal perubatan untuk merawat bayi

    Panggil ustaz/imam untuk bersihkan rumah dengan bacaan ayat quran yang tertentu


    Hope, semua dapat ambil iktibar dan dapat sedikit sebanyak ilmu.


    p/s: saya dulu siap berpindah rumah sebab rumah tu walaupun dibasuh tetap keras.

    Dapatkan produk shaklee disini.. Sms/Whatsapp 016 993 0543

    Wednesday, September 11, 2013

    12 Ways to Make Breastfeeding Easier



    Breastfeeding

    source:pregnant thebump.com

    Hate to break it to you, but while breastfeeding has some pretty amazing benefits for baby, it can be a tough skill to master for some moms. But if you do have problems, don’t give up right away! Most times, it does get easier, especially if you use this advice for preventing and dealing with some common breastfeeding issues. You’ve got this.
    Do your research
    Don’t wait until baby is born to learn about breastfeeding. “After birth, you’re exhausted; you’re in pain. Those are not exactly the greatest circumstances in which to learn something new,” says Denise Archambault, IBCLC, RN, a lactation consultant who works at Women & Infants Hospital in Rhode Island.
    Read up on nursing. Take a breastfeeding class. Talk to moms who have breastfed successfully before you actually have to do it. Also, find out what nursing resources -- including lactation consultants, La Leche League chapters and breastfeeding moms’ clubs -- are available near you.
    Start early
    Holding baby right after birth can help you get off to a good start, so cuddle baby as soon as you can after delivery and give breastfeeding a shot right then. “Babies’ senses -- their seeing, hearing and senses of touch and smell -- are heightened in that first hour after birth. They’re neurologically wired to find the breast. And when they’re allowed to use those senses to latch on by themselves, the way they’re instinctually wired to, they tend to latch on correctly,” says Cathy Carothers, BLA, IBCLC, president of the International Lactation Consultant Association.
    Go skin-to-skin
    This will require some stripping on both your and baby’s parts. Place your unclothed baby on your bare chest when she’s fussy or struggling with feeding. (If you’re modest, cover up with a blanket.) The close contact will calm her (and you!) and trigger her feeding instincts.
    Learn the signs
    Respond early to baby’s rooting behaviors and you’ll cut down on frustration for both of you. “When you see your baby chewing on his hands, making mouthing motions or turning his head from side to side and bringing his hands to his face, he’s telling you, ‘I’m starting to get hungry,’” Carothers says. “When you respond to those cues, your baby learns to continue giving them, and you can feed the baby before he starts crying. Once a baby cries, he’s no longer just hungry; he’s mad and hungry, and that can make breastfeeding much more difficult for both of you.”
    Get through engorgement
    Offer your baby a feeding every two to three hours in the very beginning. If your breasts start to feel engorged -- really tight, firm, large and warm -- a few days after birth, don’t panic: It’s just your mature milk coming in. (Before that, your baby gets super-nutritious, concentrated colostrum.) Engorgement goes away in a few days, but those rock-hard boobs can make feeding baby challenging. If baby has a hard time latching, hand express or pump a bit of milk before feeding her, to make things softer.
    Call in the pros
    Breastfeeding shouldn’t hurt, so if you’re having pain, or if your baby isn’t wetting at least 8 to 12 diapers a day, call the hospital, your doctor’s office or a local lactation consultant. It’s important to nip issues in the bud as quickly as possible.
    Get some sleep
    Just because you’re the one with the boobs doesn’t mean you have to do all the feeding. After you and baby have developed a consistent nursing relationship (usually after the first month), it’s okay to let your partner give baby a feeding -- especially if you’re longing for a good night’s sleep. Just be sure to pump a bottle of breast milk before you go to bed. To maintain your body’s milk supply, it’s important to have a pumping session every single time your baby has a bottle.
    Plan ahead
    Before you give birth, talk to your employer about your plans to continue breastfeeding when you return to work. (Your right to do that is protected by law!) Together, figure out a private place where you can pump, and brainstorm ways you can fit pumping breaks into your workday. It might seem daunting, but plenty of other moms keep breastfeeding after they go back -- and you totally can too.
    Practice pumping
    At least a couple of weeks before you’re scheduled to go back to work, start pumping breast milk. Archambault recommends pumping for a few minutes after baby’s morning feeding, because that’s when your milk supply tends to be the greatest. You can also pump on one side while your baby nurses on the other (the ultimate multitasking!). Both techniques will help you get used to pumping -- and let you establish a stockpile of breast milk. Just knowing you have plenty of milk at home in your freezer will make you feel less stressed.
    Use shortcuts
    Want to make the pumping process quick and easy? Try specially designed pump-and-save breast-milk bags. They attach directly to your breast pump, but then unhook and seal, so you can store the milk right in the bag. Microwave steamer bags are another time-saving device some moms swear by. Just pop your breast pump accessories into the bag, fill with water as directed, seal and put it in the microwave
    to sterilize everything in just a few minutes.
    You’ll also want to do some trial and error to see what other ideas work for you. Some moms like to freeze their milk in small increments so it’s easy to grab and defrost exactly how many ounces they need at a time. And some like to invest in two breast pumps so they don’t have to transport theirs to and from work every day.
    Educate baby’s caregiver
    Make sure baby’s nanny or caregiver at day care knows exactly how to prepare a bottle of breast milk (no microwaving allowed -- just defrost in a warm bowl of water), to use the oldest milk first and exactly how much and how often baby needs to eat throughout the day.
    Know your number
    Before you return to work, count how many times your baby nurses in a 24-hour period. That’s your “magic number,” Carothers says. When you go back to work, the number of times your baby nurses in a day plus the number of times you pump should equal your magic number. That way, you can keep your milk supply up -- and baby will get enough to eat.
    Don’t be surprised, by the way, if your baby decides to eat very little while you’re at work and to nurse constantly when you’re at home. That’s called reverse cycle feeding, and it’s completely normal (sorry!). It may be exhausting but it’s because baby prefers you to the bottle.

    Pentingnya Urutan Payudara dan Penyusuan

    Sesudah melahirkan, payudara perlu dirawat dengan cara diurut. Tindakan ini bagi memelihara kebersihan payudara, melancarkan keluarnya susu ibu, dan juga mencegah bengkak susu pada payudara.

    Langkah-langkah Pengurutan
    • Tuangkan minyak secukupnya.
    • Sokong payudara kiri dengan tangan kiri, payudara kanan dengan tangan kanan. Dua pertiga jari pada tangan yang berlawanan membuat gerakan memutar sambil menekan dari pangkal payudara dan berakhir pada puting susu. Lakukan 2 kali gerakan pada setiap payudara.
    • Tempatkan kedua telapak tangan diantara kedua payudara. Urutlah payudara dari tengah ke atas sambil mengangkat kedua payudara, dan lepaskan kedua payudara perlahan-lahan.
    • Sokong payudara dengan satu tangan, sedang tangan lain mengurut payudara dengan sisi keliling dari arah tepi ke arah puting susu. Lakukan sebanyak 30 kali.
    • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu penghasilan susu ibu. Apatah lagi ketika anda bengkak susu atau sakit puting. Untuk itu, anda perlu tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air suam
    Selamat mencuba!!!

    Kenali Tanda-Tanda Kontraksi


    Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Bagi mommies yang hamil anak sulung pastinya kurang tahu mengenai tanda kontraksi, jom baca tanda-tanda kontraksi. Moga dapat jadi panduan pada mommies semua.

    Bayi belum “turun” tetapi pinggang sudah lenguh. Perut pula semakin memulas. Sakitnya semakin lama semakin kerap. Adakah itu tanda hampir bersalin?
    Seawal tiga minggu dari tarikh jangkaan kelahiran, kesakitan yang dirasai semakin kerap. Selain itu, pengeluaran lendir bercampur darah atau lelehan air ketuban menandakan anda telah sampai ke peringkat awal proses bersalin. Pengecutan rahim merupakan asas utama yang akan memulakan keseluruhan proses bersalin. Rahim merupakan organ reproduktif wanita yang akan membiarkan janin membesar tanpa sebarang gangguan dan akan berkontraksi mengeluarkan janin sewaktu kelahiran. Ia merupakan dua fungsi yang bercanggah untuk satu organ yang sama.
    Otot-otot yang terdapat di dinding rahim adalah jenis smooth muscle yang tidak dapat dikawal seperti otot-otot pergerakan di kaki dan tangan. Jadi, pengecutan otot ini bergantung kepada tindak balas saraf dan hormon-hormon yang dilepaskan ke dalam sistem badan ibu oleh janin yang dikandungnya.
    Pemerhatian klinikal menunjukkan pengecutan bermula dari bahagian atas rahim dan merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia berlaku berulang-ulang kali dengan kekerapan yang semakin tinggi. Namun, sebelum aktiviti maksima ini, proses yang sama telah pun berlaku tanpa disedari. Proses ini sebenarnya adalah proses yang normal untuk memastikan rahim, pangkal rahim dan bukaan faraj berada dalam kedudukan sejajar bagi membolehkan bayi turun dan keluar semasa proses kelahiran.
    Kesakitan yang dirasakan sebenarnya berpunca dari pengecutan rahim yang berkala. Pengecutan yang kerap menyebabkan otot semakin kekurangan oksigen, suatu keadaan yang menimbulkan rasa sakit di dalam otot itu sendiri. Selain itu, tekanan ke atas komplek saraf yang tersepit di antara dua struktur bertulang yang keras iaitu kepala bayi dan tulang pelvik ibu menyebarkan sakit bersalin ke semua arah. Kesakitan ini berterusan dan semakin kuat apabila bukaan pangkal rahim bergerak secara aktif. Untuk kehamilan pertama, bukaan berlangsung dalam anggaran bukaan 1 cm setiap sejam.
    Bayi akan mula turun melalui rongga yang telah tersusun dan membuka. Penurunan ini akan menimbulkan satu lagi punca kesakitan apabila bayi sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar. Regangan keseluruhan rongga vagina dan semua otot-otot pelvik di peringkat akhir proses bersalin juga memberikan rasa sakit.
    Seringkali anda dinasihatkan untuk terus ke hospital sebaik sahaja tanda-tanda awal bersalin berlaku. Dalam julat masa yang singkat ini, terdapat segelintir daripada anda yang terdedah kepada pelbagai masalah yang melibatkan ibu atau anak dalam kandungan. Selain dari tu, pemantauan perlu dimulakan sebaik sahaja sakit bermula bagi ibu yang menghidap darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung ataupun masalah perubatan yang lain. Kedudukan bayi perlu ditentukan untuk memastikan ia betul-betul sesuai untuk kelahiran biasa. Sekiranya air ketuban telah pecah, keadaan tali pusat bayi perlu ditentukan juga. Bagi masalah tali pusat yang keluar terlebih dahulu sudah tentu memerlukan pembedahan dilakukan dalam masa 10 minit untuk menjamin keselamatan bayi.
    Sekiranya keadaan ibu dan bayi adalah baik, bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran tersebut. Kurang dari 3 cm menandakan proses bersalin peringkat awal. Bukaan pangkal rahim yang lebih besar dari 3 cm menandakan proses aktif telah bermula. Penentuan kaedah kawalan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan status tersebut. Bergantung kepada kaedah yang disediakan di hospital, doktor akan memberikan kaedah yang bersesuaian.  
    Mengambil kira kelahiran pertama sebagai contoh, antara kaedah yang dicadangkan ialah suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural. Suntikan ubat tidak lagi sesuai sekiranya bukaan mencecah 8 cm. Dikhuatiri bayi akan mengalami kesan ubat dan susah bernafas sebaik sahaja dilahirkan. Sedutan sendiri gas Entonox boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang proses kelahiran malah boleh diteruskan semasa proses pengeluaran uri atau jahitan dilakukan. Epidural pula hanya boleh diberikan sekiranya terdapat khidmat doktor bius khusus di bilik bersalin, lengkap dengan kakitangan serta peralatan bantuan untuk menangani sebarang komplikasi. Jadi, berbincanglah dengan doktor untuk mendapat maklumat lanjut. Maklumat ini tentunya akan melegakan perasaan cemas yang anda rasai.
    Kontraksi palsu
    Ada ketikanya, sebaik sahaja bergegas ke hospital, kesakitan reda dengan sendirinya. Biarpun begitu, anda perlu meneruskan pemeriksaan doktor bagi memastikan punca kesakitan tersebut. Ini kerana jangkitan kuman dalam air kencing, radang yang melibatkan appendiks atau usus boleh menimbulkan kesakitan yang sama. Dengan adanya tanda-tanda klinikal yang menjurus kepada lain-lain diagnosis selain sakit bersalin, doktor akan meneruskan pemeriksaan faraj.
    Ketahuilah, kontraksi palsu akan hilang dengan sendiri. Ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat. Tiada juga terdapat tanda-tanda pendarahan atau lelehan air ketuban. Tambahan pula pemeriksaan ultrasound menunjukkan tempoh kehamilan masih awal dan bayi berada dalam keadaan yang baik.Rawatan khusus akan diberikan dan biasanya anda diarahkan untuk berehat di rumah untuk tempoh sementara antara tiga hingga tujuh hari sehinggalah pemeriksaan semula dilakukan.

    *Tips khas
    Bagi mengurangkan sakit kontraksi, anda digalakkan mengiring ke sebelah kiri. Ia membolehkan suami mengurut bahagaian belakang dan tidak mengganggu peralatan yang digunakan. Paling penting, ia tidak akan menyebabkan gangguan aliran darah kembali ke jantung. Jika mengiring ke sebelah kanan, rahim akan menghimpit saluran pembuluh darah utama ke jantung! 


    credit source:pama.karangkraf.com
      

    10 cara atasi batuk ketika hamil





    Batuk semasa hamil memang terasa amat kurang selesa.  Kadang-kadang menyebabkan tidur dan aktiviti harian terganggu.

    Saya juga pernah mengalami batuk semasa hamil.  Yup kena banyak bersabar dan usaha agar batuk berkurangan.  Masa batuk ni apa yang saya buat ialah makan makanan yang tidak akan menyebabkan batuk.  Makanan seperti ikan bakar, hati bakar, sayur rebus, nasi ketika masih panas, minum air suam, minum madu.  Bila saya amalkan cara pemakanan seperti ini, batuk semakin berkurangan.  Lain orang lain caranya, jom kita tengok cara-cara untuk mengurangkan batuk.

    1. Minum 1 sudu madu yang ditambah dgn asam limau nipis pagi dan petang.

    2. Minum segelas air oren (yang diperah dari buah oren) sahaja atau dicampur dengan 2 sudu madu

    3. Minum air jus epal campur madu.

    4. Banyakkan minum air

    5. Amalkan minum teh Limau

    6. Berkumur dengan air garam - segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam

    7. Sapu minyak panas seperti vicks di bahagian dada.

    8. Mandi air panas (suam-suam).

    9. Pakai baju tebal dan selimut tebal semasa tidur.

    10. Banyakkan rehat.  Tidur awal dari masa biasa kerana semasa batuk tidur akan sering terganggu.


    credit :